KOHAJJ

KOHAJJ CARE

Kohajj Care, merupakan sebuah entiti dibawah Koperasi Keluarga Haji Jubri Johor Berhad yang bekerjasama dengan pihak NGO, Surau, Persatuan dan sebagainya dalam menganjurkan program khatan beramai-ramai. Ini termasuk program khatan di dalam dan juga luar negara. Kohajj Care terdiri daripada ahli dalam bidang perubatan yang berkelayakan dan berpengalaman dalam menjalankan proses khatan. Team Kohajj Care diketuai oleh Tuan Haji Mohd Jubri Bin Selamat, pesara Pen. Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau berpengalaman lebih 35 tahun mengkhatankan kanak-kanak mahupun dewasa (mualaf).

Kohajj Care menyediakan perkhidmatan Khatan secara berkumpulan atau secara mobile (iaitu pihak kami akan ke rumah individu).

Team Kohajj Care akan menggunakan kaedah Laser dalam menjalankan prosedur khatan berkenaan. Khatan menggunakan laser amat popular bermula dari tahun 2000-an sehingga sekarang. Ia melibatkan satu alat yang dipanggil sebagai cautery, di mana cautery ini akan menghasilkan haba pada hujung alat yang digunakan untuk memotong lebihan kulit dan sekaligus menghentikan darah sewaktu proses pemotongan. Ini menjadikan proses khatan tersebut lebih cepat dan lebih bersih kerana kurang risiko pendarahan. Tempoh prosedur biasanya mengambil masa 15-20 minit seorang.

Sasaran peserta adalah kanak-kanak berusia 5 tahun sehingga 12 tahun. Di usia ini anak-anak kebiasaannya dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses khatan dan selepas selesai prosedur khatan berkenaan. Kuota peserta sehari biasanya seramai 40 orang atau 25 orang daripada pagi hingga tengahari.

Secara purata caj Khatan secara laser adalah antara RM150-RM200 seorang. Untuk program khatan beramai-ramai, pihak Kohajj Care mengenakan bayaran hanya sebanyak RM110 untuk setiap peserta. Ini termasuk fee khatan, dan juga ubat-ubatan.

Manakala bagi khatan dibuat secara mobile, Kohajj Care mengenakan bayaran hanya sebanyak RM 200 per individu.

  1. Program Khatan di Taska di Kluang
  2. Program Khatan di Satun, Thailand
  3. Program Khatan di PGA Simpang Renggam
  4. Program Khatan di Taman Harmoni, Simpang Renggam

Contoh Kertas Kerja

Sekiranya Anda Memerlukan Khidmat Kami Dalam Program Khatan

Anda Boleh Terus Klik Link Di Bawah

Jika Anda Ingin Buat Secara Individu

Boleh Terus Klik Whatsapp Dibawah